Wednesday 5 December 2012

balik kg

hari isnin baru ni aku balik ke kg..x plan pun nk balik hari tu..cuma  aku takut aku x sempat blk kg sebelum berangkat ker kota cinta.namun dalam sibuk kerja kat library aku sempat jugak wat preparation ke negara 4 musim tu..
tadi aku check temperature kat sana..sekarang temparature 5 darjah celcius...
 oleh kerana sekarang dah masuk masuk musim sejuk so kena beli banyak baju sejuk..hg baju2 sejuk boleh tahan jugak..banyak jugak aku spend untuk keperluan disana..setakat sekarang aku rasa dah  lebih RM500 aku berbelanja

.kadang2 aku terfikir berbaloikan aku membeli semua tu..winter coat,long john,mafla.leather glove,kasut boot,dan beberapa keperluan lain...bila balik ke malaysia boleh pakai lagi ker semua tu...atau ada kesempatan  lagi ker  aku nak ke negara 4 musim tu..atau mungkin tunggu orang kaya datang melamar aku dan kami boleh berbulan madu disana,atau  masuk multilevel marketing dan wat sale banyak2 atau juga aku perlu masuk menyertai peraduan semula yang menawarkan hadiah ke negara-negara tersebut   dan akhirnya entah2 akan jadi hiasan saja di wardrobe aku nnt..huhuhu

so bersambung kisah aku pulang ke kg baru-baru ni..aku cuma pulang 2 hari jea...petang isnin aku tolak ke penang dan selasa malam aku dah tolak ke kl...aku sebenarnya nk balik  jumaat ni hingga hari isnin atau selasa depan ,memandangkan aku masih ader lagi 3 hari cuti yg perlu diambil...

mak aku agak terkejut jugak bila aku sampai rumah dalam pukul 10 malam..aku call mak aku suruh mak aku buka gate...mak aku kata budak bertuah ni...awat x habaq awai nak balik...sori la mak..last minute rasa nak balik jmpa mak..

aku sebenarnya nak bagitau kat mak aku secara face to face yg aku nak berangkat ke Paris lagi 2 minggu..mmg aku dah bagitau melalui telefon masa tu aku perasan mak aku cm ader benda yang dier nak tanya kat aku waktu tu tp x tertanya..so keesokan paginya selepas sarapan mak aku tanya aku nk pergi dengan sapa.aku kenal ker orang yg nk pergi dengan aku tu.rupa2nya mak aku risau benar.ya la nk biar anak dier g jauh.bukan Indonesia atau  Thailand atau pun Australia tetapi Paris...dan lagi satu dia takut aku jadi mangsa keldai dadah.minta dijauhkan
setelah aku terangkan segalanya baru dia nmpak lega...dn pesannya agar aku jaga diri dan jaga solat sewaktu aku disana nanti...

 dan yg paling best balik kg kali ni mak aku wat kari ketam dengan nenas..memang sedap...tp biasa la mak aku masak semua healthy...karinya cair jea..tp mmg sedap..


 tp yg penting sekali aku amat lega sekali setelah mampu memberitahu kepada mak aku ttg percutian ini...













No comments:

Post a Comment