Wednesday 27 June 2012

mar and lin

oleh kerana sistem virtua down so aku pun shutdown library pada hari sabtu lalu..aku bagi tau kat pekerja2 aku hari sabtu ni x der ot...wah pekerja2 aku gitu...mampos aku klu diorang baca enrty aku...confirm lepas ni x kan wat ot lagi kat library...
 
harap2 klu diorang baca pun diorang x perasan ayat tu...

so aku pown booking class adobe photoshop kol 9 pg dan apointment wat facial kol 3.30 ptg
dah lama aku x g class n wat facial...maklumlah asyik kat library jer..

nanti aku citer kisah kat class and facial(klu rajin la...tp cam x jer)
so berbalik pada pekerja2 aku ni aku nak citer ler sikit pasal diorang ni... 



 aku ni sayang sangat kat pekerja aku yang bernama maria dan linda ni...diorang ni bukan saja cantik malah sangat rajin.aku x tau apa akan jadi kalu diorang x der ..confirm banyak buku yang belum settle..dengan ader nya 2 pekerja kesayangan aku ni maka kami telah berjaya menghabiskan buku-buku di tingkat 5 dan 6 menukar sistem ddc ke lcc yang berjumlah hampir 30ribu.

aku klu jadi boss buka syarikat sendiri aku sanggup beli diorang berdua ni dari kerajaaan dan aku akan bayar gaji kat diorang 3x ganda dari gaji diorang sekarang..bonus tiap tahun aku bagi.cuti kawen aku bagi seminggu(bergaji tau)siap dengan package bulan madu lagi..kerja 5 hari seminggu..hari jumaat half day.aku akan bagi pencen sehingga ank cucu diorang jugak..bankrap syarikat aku lagu tu.

diorang ni klu  wat ot ,start diorang masuk library jer terus wat kerja..diorang stop masa g solat jer.. aku kadang2 ajak diorang g ngular diorang x nak...pass tu siap marah kat aku pulak..x paham betul aku..huhuhuhu..aku ni bukan nya aper...maklum lah dah tua tenaga dah kurang asyik x larat jer..kadang2 tu malu betul kat diorang ni...

kadang2 aku terfikir jugak dalam hati aper yang diorang makan sehingga rajin dan kuat cam ni..bila aku jmpa diorang g kafe beli sarapan aku tanya aper diorang beli diorang g tau diorang beli nasi lemak ker ,bihun goreng ker ,keow teow goreng ker sama  cam orang lain jugak..x pulak diorang gtau beli batu goreng ker,besi masak lemak ker....

pass tu aku g check pulak kat peti ais diorang kot2 ada bayam popeye the sailor man pun x der jugak..

hah pening memikirkan nya

tapi aku perasan yang maria ni suka minum air tin oren...aku pown yg x suka air tin ni pun belajar la minum...tpi x berkesan jugak..aku masih dok x larak jugat...hah cam ner ni..