Monday 18 March 2013





Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..


Sunday 27 January 2013

drama korea

jgan ingat siri pengapdatetan paris telah tamat yea...ader lagi sekurang2nya 2 siri yg masih dalam minda.. bukan saja org baca yg bosan tp untuk orang yg nak tulis lagi la bosan..so stop dulu cerita ttg paris yea...p 9 ari jea tp meleret pulak nak cita pasal paris mmg jakun betul la..org yg p sebulan even setahun x der nk tulis sampai cam ni semua..tp ader aku kisah..ni blog aku suka ati aku la nk tulis apa...hahaha...lagi pun wat penat jea aku dok posing x ingat dunia masa kat sana klu x masuk blog...beribu keping pic..mmg nk temuntah la dok pilih gambaq yg sesuai untuk tatapan umum..hahahaha

okay sebenarnya aku tetiba teringat nk citer pulak pasal drama korea yg sekarang sedang menjadi kegilaan ramai.sana sini orang bercerita tentang citer korea.x kira jantina x kira umur x kira bangsa x kira pangkat x kira status dan x kira apa apa ajer lah semua orang gila tgk citer korea..

demam citer korea ni sebenarnya sudah melanda masyarakat malaysia hampir 2 dekad yg lalu iaitu bermula dengan cerita winter sonata yang dilakon kan oleh pelakon kacak Bae Yong Joon dan dan heroin yg jelita Choi Ji Woo...walaubaimnapun bagi kaum cina mereka terlebih dahulu menonton drama korea  melalui dvd ..setelah winter sonata ditayangkan tv3 pada weekdays at 7pm barulah masyarakat melayu mula menjadi fanatik terhadap citer korea ni..



selepas winter sonata mendapat sambutan yang hangat ditayang pula sebuah lagi drama korea yg tidak kurang hebat iaitu auturm in my heart..aku suka sgt citer ni...sgt tragis..seterusnya citer hotelier,dan banyak lagi seperti all abt eve,full hse dan sebagainya...









walaupun aku mmg minat dengan citer korea ni aku tidak pernah membeli dvd citer korea..aku tidak fanatic,aku tidak suka membazir wang untuk membeli dvd dan pada ku lebih baik aku kumpul duit agar dapat terus pergi melancong ke korea..hahaha..tapi aku ada jugak pinjam dvd dari kawan atau adik aku yg sgt minat dengan citer korea..namun aku rasa hanya beberapa buah drama saja yg aku tgk melalui dvd.

sebenarnya aku amat tidak selesa menonton drama korea melalui dvd..banyak kerja aku terbengkalai..aku keep nk tgk citer tu sampai abis..pernah satu ari tu aku tengok dari pagi sampai petang non stop...mmg gilakan .jadi ku lebih suka tgk kat tv saja...hanya satu jam dan ader pulak iklan dapatla tarik nafas sikit..sekarang ni aku dapati semua channel tv ader citer korea.

dan sekarang pulak bole tgk melalui internet seperti dalam maadu...aduh memang byk dugaan..jadi member so dapat tonton semua episode yg ada kat web tu...aku sempat tgk citer couple or trouble..setiap episode ader lebih kurang dalam 70 minit duration..aku akan tgk kat ofis time break...citer ni romantik komedi...tapi kat nak last 2 tu sedih pulak sampai aku menangis...muka mata idung aku abis merah..alamak nk wat camner ni...dah nk kena turun kat bawah jaga kaunter...student semua x berani tegur aku..diorang ingat ku kena marah dengan boss ari tu...lepas tu datang pulak supplier antar buku...dia pun x cakap byk lepas abis urusan terus keluar..dia mesti ingat aku ada masalah kerja...jadi selepas itu aku da x tgk sgt citer korea kat maadu secara serius...

dan sekarang ni tv kat dalam bilik aku pun dah x clear sgt untuk siaran ntv7 yg mana citer korea ditayang kan pada kol 12 so aku pun dah x layan sgt citer2 korea ni...dulu selain ntv7 aku ada jugak layan citer korea kat 8tv kol 8.30 malam seperti citer my girl friend gumiho,glory jane,bread love and dream tapi bila aku register class mandarin yg bermula 8mlm samapi kol 10 mlm aku tinggal semua tu...bila kelas mandarin tamat aku serius pulak wat ot kat library aku terus x tgk citer korea..citer korea ni kan bersambung so x best bila  tgk lompat2.begitu jugak kat tv2 pon ada jugak drama korea iaitu pukul 5.30 ptg..dulu tgk jugak tp dapat tgk dalam 15 minit jer sbb sampai rumah dari opis kol 6.15..tu pon klu x jam..

aku sebenarnya lebih suka tgk drama ni kat tv jer sbb drama yg ditayang kat tv telah ditapis dari segi keseraman,keganasan,ketidaklogik akalnya dan sebagainya..mungkin ader beberapa yg terlepas tetapi tidak seteruk yg ada di internet atau pasaran.

pada aku citer korea memang best menepati selera aku,,kisah romantik,komedi,hero dan heroin yg handsome ,cute dan cantik,cuaca yg nyaman,dekorasi rumah yg menarik,tidak berpakaian tidak senonoh,menghormati orang tua dan pengakhiran cerita yg akan diceritakan setiap pasangan atau individu mempunyai kehidupan yg baik selepas itu..jarang dimatikan watak antagonist seperti yg kita saksikan pada drama melayu sebagai blasan.kadang-kadang watak baik pon mati...huhuhu


bukan nak banding ttg citer melayu atau malahan citer indonesia,ataupun filipina maupun amerika latin ianya pemilihan watak juga penting..watak ibu heroin yg terlalu muda hanya beza beberapa tahun dari heroin,tidak dinafikan kecantikan tu pentinguntuk memikat penonton terus lekat disofa ruang tamu tetapi perlu ada logiknya jugak.. ader setengah tu ibu heroin kat luar pun dia blom kawin..agak2 la klu nk amik pelakon pun..x perlu la nk tipu sgt penonton.. tetapi citer korea watak ibu yg di pilih adalah sgt bersesuian...begitu juga dengan pakaian yg dipakai oleh pelakon2 terutama dari drama amerika latin atau pun citer bollywood,sgt seksi.dan tidak sesuai untuk tontonan famili.

dari segi kepanjangan sesebuah drama pulak cerita korea tidak mengajak penonton menonton berbulan2 atau ada sampai menjangkau tahunan..hanya paling maksimun pown adalah 40 atau 50 episode je jika ditayang ditv atau hanya lebih kurang 20 episode jika di dvd.


aku rasa tenang sgt tgk citer korea..yg mana percintaan yg sgt indah,watak heroin yg selalunya lurus bendul,cerita yg agt sederhana,watak2 yg sederhana,jika jahat pon x lah jahat sgt,x der la lawan2 yg ganas..pendek kata mmg best citer korea ni..dan yg penting harap2 dapat g korea...hahaha





Sunday 13 January 2013

musee du louve paris

satu lagi kenangan x dapat dilupakan sewaktu diparis adalah menyaksikan sendiri kecantikan monalisa dikanvas yg dilukis oleh leonardo da vinci yang ditempatkan di musee du louvre.. walaubagaimana pun adalah tidak semudah yg disangka untuk melihat sendiri potret asal monalisa kerana orang yg terlalu ramai.aku terpaksa berasak-asak untuk melihat sendiri bagaimana sebenarnya lukisan monalisa yang menjadi begitu tersohor dan masyhur .

aku sendiri sebenarnya tidak tahu mengapa aku sanggup meredah org ramai semata-mata untuk potret tersebut.dan akhirnya aku berjaya kedepan dan mengambil gambar dari kamera ku biarpun tidak begitu jelas potret tersebut.aku tidak pasti jika aku datang paris pada musim kemuncak seperti musim panas atau musim bunga adakah aku dapat melihat potret yang didakwa kelihatan seperti bernyawa itu yg menjadi kegilaan orang ramai untuk menyaksikannya.sesungguhnya aku berasa seperti tidak percaya yg aku telah melihat sendiri potret asal yg dilukis sendiri oleh pelukis lagenda dari perancis itu.





selain potret monalisa,dimusee du louvre terdapat juga apartment napoleon.menyaksikan keindahan dan klasiknya koleksi diraja zaman peperangan dahulu.terasa bertuah dapat melihat barang-barang antik yang disimpan rapi untuk tontonan tetamu muzium.







dapat dilihat juga beribu2 keping lukisan yang yg boleh dilihat disekitar muzium tersebut.memang diakui seni ilustrasi mereka sangat menakjubkan.setiap lakaran yang dipamerkan mempunyai maksud yang tersirat.aku yang tidak begitu arif tentang kesenian namun amat terpegun dengan karya karya tersebut.








seperti yang dimaklumkan paris memang kaya dengan arca atau seni pahatnya..jika diluar sana terdapat banyak patung-patung yang berbagai -bagai dimuzium ini tidak kurang hebatnya.malah patung-patung yang terukir disini lebih tinggi nilai seninya.setiap patung yg dipahat mempunyai makna tersendiri.memberi erti yang kekadang tidak dapat ditafsir apa sebenarnya yang ingin disampai.begitu halus dan indah sehingga menawan setiap mata yang memandang.









musee du louvre adalah salah satu muzium yang terbesar didunia dan yang paling ramai dikunjungi..disini juga banyak pengambaran filem2 yang terkenal antaranya filem the da vinci code dan  iklan jenama terkenal iaitu louis vuitton di buat disini.




















Monday 7 January 2013

bonjour 4


sebenarnya aku rasa aku telah tiba diparis pada saat yang sngt sesuai...mungkin aku tidak dapat melihat keindahan bumi paris dengan mekar dan haruman bunga rose,tulip ataupun bunga lavender dimusim bunga maupun tidak dapat memetik buah epal ,limau,pear ataupun anggur diladang pada musim panas namun aku dapat melihat keunikan pohon2 yg hanya beranting tanpa sehelai daun dan  kedinginan yg tidak begitu mencengkam dan sangat selesa yang tidak mungkin dirasai dibumi malaysia.





memang pada musim winter tidak ramai pelancong datang kefrance..dan warga france pula lebih selesa berada dirumah.namun tidak ramai bukanlah bermaksud tiada pengunjung...bayangkan setahun hampir 250juta pelancong datang melawat kota cinta ini...bagaimana sesaknya paris yg berkeluasan 104.4km2..
disinilah  kelebihan kami melancong waktu ini.kami bebas kesana kesini kerana jumlah pengunjung yg kurang.

















sewaktu di menara eiffel kami dengan mudah memperolehi tiket sehingga keatas tidak seperti pada waktu lain seperti yg diberitahu supplier buku dilibrary ku yg baru pulang berkunjung keparis 2 minggu lalu tidak dapat menaiki menaiki menara eiffel sehingga kepuncak gara-gara terlalu ramai pengunjung..alangkah ruginya tidak dapat menakluki salah satu keajaiban dunia itu sehingga kepuncaknya..dan melihat keindahan kota paris dari sudut yg tertinggi dimenara itu...