Saturday 22 December 2012

bonjour 2

update lagi from paris without photo

sebenarnya aku lebih suka update blog aku tanpa pic..namun untuk entry melancong mana sesuai kalu x der pic...ade byk pic nk upload tp lupa nk bw usb...so kena tggu balik malaysia ler klu nk tgk pic ..hehehe
sekarang waktu france adalah 8 pgi..tp masih gelap gelita dan hujan kat luar...pada musim winter waktu malam lebih panjang berbanding waktu siang.pada pukul 5 petang matahari telah menyembunyikan diri manakala pada pukul 9 pagi baru dia kan menyerlahkan dirinya walaupun sebenarnya sepanjang aku disini aku belom benar2 dapat melihatnya dengan jelas...

arrgh kalu puasa kan best...lepas bersahur hanya beberapa jam selepas itu dah boleh berbuka.huhuhu perangai x elok..

Semalam kami dibawa ronda kota paris dengan menaiki train...metro..klu kt kl lrt..memang satu lagi pengalaman yg aku perolehi di sini..oh tuhan sistem pengangkutan mereka sangat canggih..mmg aku telah maklum dengan kehebatan kemudahan sistem tersebut melalui blog2 yg aku survey sebelum tiba disini..namun pengalaman merasa sendiri amatlah sesuatu yg mungkin dilupai...aku masih ingin memuji cara org disini yg sgt beradap dan sapan santunnya mereka...pabila org mulai sesak didlm train tersebut mereka yg sedang duduk akan bangun agar ruang menjadi lebih besar dan lebih ramai dapat memasuki train tersebut...amat berbeza dengan adap kita..sesuatu yg perlu kita pelajari dari mereka.

Rasanya kami telah menaiki 7@8 train..dalam masa 4 jam sambil berhenti2 melawat tempat2 menarik diparis yg bermandikan cahaya neon..oleh kerana kekerapan dan kelajuan serta tiada gangguan sepanjang laluan train tersebut  kami dapat melawat banyak tempat dalam tempoh tersebut.
Kedinginan dan keindahan yg dinikmati sepanjang perjalanan itu membuatkan kami langsung tidak merasa letih malah masing2 terpancar rasa kepuasan yg amat sangat kerna dapat meneroka kota cinta diwaktu malam....disaat ini terasa alangkah bahagianya jika dapat bersama org yg tercinta

No comments:

Post a Comment