Tuesday 27 November 2012

Doubletree by Hilton

oleh kerana voucher hotel doubletree  da nk abis tempoh iaitu pada 30 november ini aku pun ajak maria g check in kat hotel tu pada hari jumaat lepas...sebenarnya aku dapat voucher tu masa awal tahun ..tp x tau nk pergi dengan sapa...nk g sorang2 takut pulak...nasib baik maria sudi menemani aku..thanks maria.dan nasib baik dapat hotel kat area kl klu luar area kl alamat nya burn ler voucher tu..huhuhu

sebenarnya kami x tau pun kat mana  hotel tu walaupun dulu aku pernah g dinner kat situ..(dapat voucher dinner hasil masuk peraduan jugak hehehe)maklumlah org bwak so aku x perasan sgt jalannya...setelah digoogle mapkan hotel dan dengan bantu GPS akhirnya kami sampai jgk kt hotel tu...x jauh  dari PNM..tempat yg selalu aku g kursus n quite familiar so x lah lost sgt...

kami check in kol 8 lebih sebab kena stayback kat library dulu...lepas berbuka puasa (puasa asyura)  dan solat baru kami gerak ke hotel...then singgah pulak kat mcdonalds untuk bekalan bersahur mlm nnt..klu nk puasa asyura ni sebaiknya 2 hari...pada 9 dan 10 muharram atau 10 dan 11 muharram..untuk elakkan dari bersamaan berpuasa dengan orang yahudi...

masa nk check in tu ader sikit perkara yg quite memalukan berlaku...do u want to pay by credit card or cash...i hv voucher why should i pay....this is for deposit madam......owh okk.....hah buat malu jea aku x tau prosedur hotel..huhuhu

boleh tahan jugak privacy kat hotel ni..access card cuma boleh guna utk level bilik kita jer so masa kat lift tu kena letak access card kat button level room kita...satu lagi benda jakun yg kami buat dlm lift sib baik x der org dlm lift tu...huhuhu

bila da smpy bilik ..cantik dan sgt bersih...boleh la tenangkan fikiran dan rehatkan badan yg dah lama x rehat ni....walaupun agak kecil tetapi sgt selesa dengan kelengkapan yg ada...aircon pun just nice x sejuk sgt bcoz self adjust..

so terima kasih kepada doubletree hotel dan NST kerana menaja penginapan saya dan sahabat saya..kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberi biarpun hanya satu malam....klu lah dapat satu bulan kan best....



cuma view x berapa cantik...aku prefer sea view ..mana nk cari sea view tgh2 kl ni huhuhu

now u see

now u dont..like chipmore...tp mmg romantic klu g dengan tersayang..

just shower..no bath tab...

but they hv this one....mmg best..teringat zaman kanak2 main hujan

tidoq pakai yg ni...lepas mandi terus selimut dengan yg ni..arghh lantak ler..towel o blanket is same..hahaha





welcoming cookies

lukisan abstract yg sgt cantik


alhamdulillah ader Al Quran.

menu sahur
toiletries dari brand crabtree&everlyn

Friday 23 November 2012

peraduan



ni aku nak bebelkan pasal peraduan ...peraduan yang x perlu uji bakat dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak..cuma memerlukan sedikit kekreatifan.. sebenarnya banyak peraduan yang ada disekeliling kita..contohnya isi petrol,icecream,perkakasan rumah,dan macam macam lagi....selalunya peraduan yg  kita nampak tu memerlukan kita membeli dalam jumlah yg ditentukan untuk melayakan kita memmasuki peraduan tersebut..sebagai contoh kita perlu mengisi petrol melebihi 30 henggit dimana mana station petrol terpilih...dan kalu setakat sekali saja anda memasuki peaduan tersebut jgn harap la anda nak menang...biasanya penganjur akan berkata lebih  banyak anda membeli lebih tinggi peluang memenangi hadiah...aku klu ada ayat tu jgn harap la nk masuk peraduan tersebut sebab aku tau yg aku mmg x berpeluang nk menang pown...sbb aku x kan beli banyak, aku masih waras...namun aku terfikir ada ker orang sanggup beli banyak2 semata2 untuk memenangi peaduan tersebut..

tetapi sejak aku bekerja di library dan dilonggokkan dengan suratkhabar yg bertimbun2 tiap2 hari aku telah diuji dengan tarikan peraduan yang terdapat didalam akhbar tersebut..aku tertarik untuk menyertai peraduan tersebut adalah kerana tidak memerlukan aku mengeluarkan belanja yg tinggi..kerana peraduan yang aku sertai tersebut hanyalah perlu menjawab soalan pada rencana yang disiarkan dan disertai keratan kepala akhbar mungkin 7 atau 5 hari berturut2..library yg menerima akhbar setiap hari aku manfaatkan..lagi pown syarat2 peraduan tersebut hanya kakitangan atau adik beradik mereka jer yg tidak layak menyertai peraduan tersebut..tidak dinyatakn org yg kerja kat library x boleh meyertainya...

walaubagaimana pun  beberapa penyertaan awal ku gagal...aku tidak berputus asa...mencuba lagi..dan terus mencuba..akhirnya aku x tidak ingat tarikh bila nama ku telah tersiar didalam akhbar tersebut sebagai salah seorang pemenang...wah waktu itu kepuasan yg sangat tergambar...gembira betul...cam menang pergi perancis rasanya....hahahaha.. aku dapat tmpat ketiga....kira hadiah dier okay dari yg dapat hadiah saguhati...sebenarnya hadiahnya bukanlah sebuah kereta,atau rumah banglow atau melancong ke korea selatan namun keseronokan yang aku rasa mmg x tergambar...korang tau apa yg aku aku dapat setelah memenangi peraduan tersebut...sekotak besar product makanan seperti nasi tomato,nasi beryani ,rendang,sambal sotong dan macam2..dan jugak baucer makan direstorant....best x...hahaha

kemenangan tersebut menyebabkan aku lebih untuk mencuba lebih banyak peraduan yang terdapat didalam akhbar2 aku yg aku terima setiap hari....

seterusnya aku telah memenangi peraduan anjuran NST..kali ini tidak disiarkan nama ku pada surat kabar tetapi aku memgetahuinya melalui email..menghendakan aku mengambil hadiah tersebut pda hari dan tarikh yg ditetap di pejabat NST......jadi aku pun ke  NST kebetulan x berapa jauh dari tmpt kerja aku..rupanya ada keraian utk pemenang peraduan tersebut dan siap dengan wartawan lagi....setelah hadiah disampaikan kami dijemput menikmati jamuan  yg disediakan...aku telah duduk semeja dengan pemenang2 peraduan tersebut...mereka semua seakan2 telah mengenali satu sama lain...bercerita peraduan2 lain yg mereka sertai...rupanya nya mereka telah memenangi bermacam2 peraduan sebelum ini...ada yg pernah pergi ke manchester united menyaksikan perlawan bola sepak dan dilayan seperti  vip...ada pula yang menang wang beribu2...macam-macam yg diorang menang...bila diaorang tanya aku apa yg aku pernah menang sebelum ni aku kata x der la sehebat diorang...menang biasa-biasa jer....huhuhu

pada keesokan harinya terpampang la gambar aku dan rakan seperjuangan yg lain dalam surat kabar..hehehehe

ada seorang sahabat baik aku beritahu  terdapat seorang hamba  Allah ni selalu saja memenang peraduan...macam2 hadiah yg dia dah dapat seperti kereta 2 buah,berlian,tv plasma dan bermacam2 hadiah lumayan yg dimenangi...namun begitu disebalik kemenangan yang dimenanginya rupanya nya dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yg tinggi sehingga ia telah membuat pinjaman dengan bank berpuluh2 ribu..dia akan menyertai apa saja peraduan yg ada diiklankan dan membeli sebanyak mungkin barang yg ditawarkan semata2 untuk memenangi peraduan tersebut...seperti yg aku mention kat atas semakin banyak anda beli semakin tinggi peluang yang akan anda dapat.

namun pada aku ini sesuatu yg sangat luar biasa...rupa2nya ada org yg macam ni ..huhuhu..nasib baik la aku belum sampai tahap macam ni...namun mungkin keseronokan menerima hadiah adalah sesuatu yg x tergambar...bukan hadiah yg difikirkan tetapi apabila diistiharkan menang...itu adalah moment yg indah...

cukuplah aku sekadar menyertai peraduan yg dianjur oleh surat kabar selain dari kita dapat ilmu dari surat kabar tersebut kita jugak tidak perlu membazir dan mengeluarkan belanja yg banyak...biarpun hadiah tidak selumayan yg lain tetapi kita tidak perlu berhutang ...

sebenarnya aku akui kita akan menjadi ketagih untuk menyertai apa saja peraduan.dulu aku terfikir siapalah yg selalu dok menyertai peraduan-peraduan tersebut ..kini aku hampir menjadi kumpulan tegar menyertai peraduan..namun aku menyertai peraduan ini semua hanyalah untuk seronok2..selain dapat mengisi masa lapang aku juga mendapat habuan bila menang..dan aku berharap aku tidak jadi seperti org yg sgt hunger for contest and win...







yg ni hadiah mula-mula aku dapat...penuh satu kotak..separuh da antar blik kg kat mak aku..
                                                                        




yg ni aku kasi kat mak aku





yg ni aku kasi kat boss aku





yg ni dr g2000 masih dlm almari aku





yg ni bukan menang peraduan tp adabi bagi masa kt JB..terlepas upload..hehehe

yg ni pun kat mak aku jugak




antara product yg  agak mahal aku dapat...





                                          
yg ni aku dapat untuk peraduan nst
                                                
yg ni ader pic aku so korang cari ler yg mana satu aku...
                                                                            


da g check in dengan maria mlm td....sbb tarikh due 30 nov 2012


ada byk lagi hadiah yg aku dapat tp x amik pic..masa tu x teringat nk amik ...

kini aku rasa hidup aku da aman semula sebab aku da x perlu masuk mana2 peraduan lagi...akan aku abadikan semua moment indah ini dalam kotak kenanganku..