Friday 21 December 2012

Bonjour

Just for my kenangan...update blog from paris...
Sebenarnya x der idea pun nk tulis aper...sejuk2 ni ilham membeku bagaikan cuaca kt luar sana.walaupun sebenarnya byk nk yg nk diluahkan namun keadaan memaksa agar masih diminda tersimpan rapi menanti waktu yg sesuai untuk diterjemahkan..
Semalam aku telah berjaya menakluki menara eifel yang menjadi impian setiap org yg berkunjung ke kota romantika ini.x tergambar x terucap dengan kata pabila berada di puncak eifel...sgt indah..memandang kebawah dengan melihat keindahan bangunan2 yg masih utuh biarpun terbina berabad yg lalu..warisan2 seni yg masih terjaga rapi membuatkan aku begitu kagum dengan kebijaksaan org france melahirkan idea pada setiap ciptaan mereka.
Perbezaan juga begitu ketara dapat dilihat antara budaya yg ada antara barat dan timur..bukan untuk tidak berbangga dengan tmpat kelahiran tapi aku tidak dapat menolak hakikat yg mereka sgt maju untuk dibandingkan dengan kita
Dari segi kemanusian pula mereka sgt sopan dan peramah,malah mereka lebih hormati kita berbanding ditmpat sendiri...bila berjmpa mereka pasti senyum dan menyapa dengan perkataan bonjour yg bermaksud salam sejahtera atau good day..klu x disebabkan cuaca yg sejuk dan berpakaian  
 3/4 lapis aku pasti ingat yg aku berada ditempat sendiri...
Dah 4 hari aku kat sini...tp matahari masih malu2 untuk menyapaku disini..mungkin disebabkan x lama lagi salji akan mengambil alih menutupi bumi france..aku x pasti samaada aku sempat ↩mendinginkan diri dengan kelembutan salji kerna perubahan dari autumn ke winter baru bermula...
Biarpun salji belum turun namun cuaca diluar sana dah mencecah 6 darjah celcius...satu pengalaman x kan dilupakan..merasai kesejukan yg x pernah dirasai..berasap asap bila berbual...
Tadi kami dibawa kepasar...lebih kurang seperti pasar tani di malaysia..sgt teruja melihat mereka berniaga...berbagai keperluan ada disitu..dari barang basah seperti ikan ,udang ,sayur2an ,buaha2an yg sgt segar hinggalah kepada pakaian,barang mainan dan sebagainya..
Disini juga satu perkara baru aku lihat..untuk membeli barang pown mereka beratur...ohh begitu beradapnya org france ni...
Sewaktu meninjau2 dipasar tersebut aku disapa oleh peniaga disitu..dia tanya adakah kami  dari qatar...nk tergelak aku...no we r from malaise...
Cukup setakat ini sahaja dulu bingkisan dari france..sengaja kutamatkan cerita ini begini...

No comments:

Post a Comment