Sunday 13 January 2013

musee du louve paris

satu lagi kenangan x dapat dilupakan sewaktu diparis adalah menyaksikan sendiri kecantikan monalisa dikanvas yg dilukis oleh leonardo da vinci yang ditempatkan di musee du louvre.. walaubagaimana pun adalah tidak semudah yg disangka untuk melihat sendiri potret asal monalisa kerana orang yg terlalu ramai.aku terpaksa berasak-asak untuk melihat sendiri bagaimana sebenarnya lukisan monalisa yang menjadi begitu tersohor dan masyhur .

aku sendiri sebenarnya tidak tahu mengapa aku sanggup meredah org ramai semata-mata untuk potret tersebut.dan akhirnya aku berjaya kedepan dan mengambil gambar dari kamera ku biarpun tidak begitu jelas potret tersebut.aku tidak pasti jika aku datang paris pada musim kemuncak seperti musim panas atau musim bunga adakah aku dapat melihat potret yang didakwa kelihatan seperti bernyawa itu yg menjadi kegilaan orang ramai untuk menyaksikannya.sesungguhnya aku berasa seperti tidak percaya yg aku telah melihat sendiri potret asal yg dilukis sendiri oleh pelukis lagenda dari perancis itu.





selain potret monalisa,dimusee du louvre terdapat juga apartment napoleon.menyaksikan keindahan dan klasiknya koleksi diraja zaman peperangan dahulu.terasa bertuah dapat melihat barang-barang antik yang disimpan rapi untuk tontonan tetamu muzium.







dapat dilihat juga beribu2 keping lukisan yang yg boleh dilihat disekitar muzium tersebut.memang diakui seni ilustrasi mereka sangat menakjubkan.setiap lakaran yang dipamerkan mempunyai maksud yang tersirat.aku yang tidak begitu arif tentang kesenian namun amat terpegun dengan karya karya tersebut.








seperti yang dimaklumkan paris memang kaya dengan arca atau seni pahatnya..jika diluar sana terdapat banyak patung-patung yang berbagai -bagai dimuzium ini tidak kurang hebatnya.malah patung-patung yang terukir disini lebih tinggi nilai seninya.setiap patung yg dipahat mempunyai makna tersendiri.memberi erti yang kekadang tidak dapat ditafsir apa sebenarnya yang ingin disampai.begitu halus dan indah sehingga menawan setiap mata yang memandang.









musee du louvre adalah salah satu muzium yang terbesar didunia dan yang paling ramai dikunjungi..disini juga banyak pengambaran filem2 yang terkenal antaranya filem the da vinci code dan  iklan jenama terkenal iaitu louis vuitton di buat disini.




















No comments:

Post a Comment