Friday 4 January 2013

bonjour 3

paris...memang adalah top list dalam diary pelanconganku.. sungguh aku x  sangka aku mampu juga kesana..bagai mimpi bila kaki telah berjaya menjejaki bumi paris pada 18 dec 2012 lalu..jika dulu aku hanya meletakan satu impian yg sukar untuk digapai namun kini ia telah menjadi satu kenyataan...

bermula setahun yg lalu apabila sahabat baik aku ila yg berkerja ditempat yg sama tapi berlainan jabatan telah mengajak aku ke paris kerana ada saudaranya yg bekerja disana...ajakan yg kurasa seperti ajak2 ayam pada awalnya akhirnya menjadi serius setelah ila benar2 menempah tiket ke paris pada 3 bulan yg lalu..sebenarnya aku rasa bertuah sangat kerana dalam ramai2 sahabatnya aku yg diajak keparis..aku akui aku memang rapat dengan ila kerana kami masuk ke aswara pada tarikh yg sama..sama-sama datang interview yg kedua dan sama-sama pilih tarikh yg sama untuk lapor diri kat aswara.berkongsi suka duka kerja kat aswara,sama-sama confirm jawatan dan sama-sama keluar duit kwsp...huhuhu

aku juga akui aku x punya ramai kawan tetapi aku punya kawan yg berkualiti...kawan yg susah senang bersama ku...aku memang agak memilih untuk berkawan...pada ku peribahasa berkawan biar seribu berkasih biar satu x diguna pakai dalam kamus hidupku...kerana aku percaya pada peribahasa kawan ketawa senang dicari kawan menangis sukar dicari.



memang jika tidak kerana pelawaan ila tersebut impian aku keparis itu mungkin hanya akan kekal menjadi mimpi indah dalam hiasan tidurku sahaja...biarpun sebenarnya simpanan aku memang mencukupi untuk ku melawat seluruh eropah sekalipun..

setelah nama tertera pada booking tiket keparis aku pun mula serius buat persiapan ke paris...mula mengodek2 blog,berbaik2 dengan pakcik google agar dapat banyak maklumat ttg paris..dan yg penting musim apakah sewaktu aku disana nanti...oleh kerana aku kesana waktu krismas jadi tentu lah musim salji seperti yg aku tgk kat movie dikaca tv...bestnya dapat bermain salji..tp tahan ke aku dengan kedinginan salji...arrghh aircon yg temperature baru 20celcius aku dah mengigil cam ner nk tahan dengan suhu yg minus..huhuhu

dan ada jugak yg kata aku pergi time yang salah kerana waktu ini x banyak activiti dapat dilakukan disebabkan malam lebih panjang dari siang..warga france lebih banyak menghabiskan masa diaorang dirumah kerana cuaca yg sgt sejuk diluar..saat itu aku terfikir berbaloi kah aku keparis setelah berhabis ribuan tetapi hanya berada dirumah setelah sampai disana nanti...













No comments:

Post a Comment